Seorang rakan yang saya hormati yang sama-sama berjuang di dalam hak-hak KDM dan Pasok Momogun telah berkongsi mengenai sebuah rancangan televisyen yang dikeluarkan oleh Al-Jazeera Malaysia. Oleh kerana "connection" internet yang slow di Telupid... sia akhirnya berkesempatan melihat keseluruhan episod forum tersebut di KK.
101 East - Stateless in Sabah - 21 August 2008 Part 1
101 East - Stateless in Sabah - 21 August 2008 Part 2
Secara terus-terang, Al-Jazeera memang tidak adil kerana hanya menumpukan soal kes-kes kecil individu, keluarga dan kemanusiaan yang divideokan secara sengaja untuk menagih simpati kepada penonton-penonton rancangan tersebut. Secara langsung Al-Jazeera memang sengaja tidak mahu faham apa sentimen orang Sabah yang juga orang Asal di negeri ini.
Isu "STATELESS" dan juga "PATI" digemburkan secara berapi-api bagaimana kejamnya cara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Sabah menangani isu tersebut. Sedangkan ada lagi bah negara-negara lain yang lebih kejam cara mereka mengurus pendatang tanpa asing mereka.
Mengenai NGO-NGO antarabangsa yang mahu membantu anak-anak tanpa negara ini... dipersilakanlah datang dengan cara yang betul. Mula-mula mesti faham apa sentimen orang-orang lokal, seterusnya bantuan ini hendaklah dalam apa cara sekalipun tidak menganggu-gugat hak-hak istimewa orang-orang lokal.
Isu kemanusiaan yang dipamer dalam video ini jelas tidak mewakili keadaan sebenar di Sabah. Secara benar dan diakui, rakyat tempatan sebenarnya sebahagian kecil sudah berkahwin campur dengan orang-orang dari Filipina dan juga Indonesia yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan telah memohon menjadi warganegara Malaysia secara betul.
Isu yang dibangkitkan di sini ialah bagaimana kedatangan dan kebanjiran orang-orang dari seberang ini tidak diurus dengan baik sehingga datang tanpa dokumen pengenalan diri. Sudahlah demikian, mereka yang tanpa dokumen ini pastinya dalam bilangan yang besar ini akan menjadi temberang, kurang ajar, terdesak untuk mendapatkan kemakmuran tanah Negeri Sabah ini. Mereka mengunakan apa sahaja cara agar boleh mereka boleh mendapatkan kad pengenalan atau paspot palsu.
Mengingatkan ini... saya teringat dengan tulisan saya dalam blog saya ini dua tahun yang lalu... di mana sentimen saya dengan bangsa Bugis PATI ini ini meluap-luap amarahnya ketika itu haha... (http://telupid.blogspot.com/2009/11/ceritanya.html) rasanya masih releven sehingga sekarang...
Kini isu PATI dan juga orang tanpa negara di Sabah ini sudah menjadi sebahagian daripada perhatian masyarakat antarabangsa. Ini mungkin juga disebabkan bahawa Malaysia ini negaranya membangun dan menjadi perhatian sedunia. Namun isu ini dirasai dengan hebat sekali di negeri Sabah sahaja. Itu sebab isu PTI TIADA dalam enam bidang keberhasilan NKRA Negara. Hanya jika negeri Sabah buat NKRA barulah isu PTI ini menjadi yang terutama dan terhanggat di pasaran.
Saya mencadangkan agar dokumentasi orang-orang asing dan tanpa warganegara ini dapat dipermudah. Supaya kita boleh mencatat bilangan orang-orang asing yang tepat dalam negeri. Selepas itu, kerajaan negeri hendaklah mengubal polisi kemanusiaan yang baik tanpa menganggu-gugat hak-hak keistimewaan orang-orang lokal. Rasanya ini boleh dilakukan. Semoga semua ini menjadi muhasabah diri... Ngam!
0 KOMEN KAMURANG?:
Post a Comment