HIDUP UPKO!

Friday, July 23, 2010

MINIT DIALOG TELUPID... NGAM!



MINIT MESYUARAT PERSEDIAAN MAJLIS DIALOG DAERAH PENUH TELUPID

Tarikh             : 20hb Julai, 2010.
Masa              : 9.00 Pagi
Tempat           : Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Telupid
Pengerusi     : Pejabat Daerah Telupid

Kehadiran :
1.            Setiausaha Sulit Kepada YB Datuk Ronald Kiandee
2.            Setiausaha Sulit Kepada YB DSP Michael Asang
3.            Ketua Anak Negeri Telupid
4.            Ketua Jabatan Perhutanan Telupid
5.            Ketua Jabatan Air Telupid
6.            Pengawai Penyelia SESB Telupid
7.            Wakil Jabatan Pendaftaran Telupid
8.            Wakil Jabatan Ternak dan Haiwan Telupid
9.            Pegawai Pelajaran Daerah Telupid
10.         Wakil Majlis Daerah Beluran
11.         Wakil Jabatan Tanah dan Ukur Sandakan
12.         Wakil Jabatan Tanah dan Ukur Beluran
13.         Pengetua SMK Telupid
14.         Pegawai Koperasi Pembangunan Desa Telupid
15.         Ketua Jabatan Kebajikan Telupid
16.         Ketua Polis Telupid
17.         Wakil Klinik Kesihatan Telupid
18.         Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah, Telupid
19.         Pejabat Daerah Telupid

Agenda :
1.            Ucapan pembentangan dari Setiausaha Sulit YB DSP Michael Asang
2.            Ucapan pembentangan dari Setiausaha Sulit YB Datuk Ronald Kiandee.
3.            Tatacara dan Logistik Majlis Dialog
4.            Lintas langsung keperluan Telupid mengikut Jabatan

1.            UCAPAN PEMBENTANGAN ADUN
1.1         Usul Daerah Penuh Telupid telah disuarakan di Dewan Undangan Negeri sebanyak 5 kali.  Pada kali kelima, desakan dibuat; keputusan untuk menghantar pegawai daripada Kementerian Luar Bandar Sabah (KPLB) untuk memeriksa kesesuaian.
1.2         Telupid gagal jadi daerah penuh kerana HASIL (REVENUE) TIDAK CUKUP.
1.3         Bukan kerana jumlah orang, keperluan penduduk dan juga kesesuaian… tapi kerana HASIL (REVENUE) TIDAK CUKUP.  Macam mana mau cukup kalau Hasil di Telupid terutama cukai tanah dan lesen dihantar di Beluran?  Hasil di Jabatan Air Telupid dihantar ke Ranau?
1.4         Mesyuarat ini salah satunya bertujuan untuk memohon data-data baru daripada semua Ketua-Ketua dan Wakil-Wakil Jabatan untuk dikumpul (compile) oleh Pejabat Daerah Telupid sebagai asas maklumat ke arah Daerah Penuh Telupid.
1.5         Bagi maksud mendaerah-penuhkan Telupid ini, Ketua Menteri Sabah dijadualkan akan datang ke Telupid sebelum Krismas.
1.6         Sesuai dengan masa Dialog ini, pada bulan Ogos nanti ada persidangan DUN.  Fakta dan maklumat daripada Majlis Dialog ini nanti akan menjadi sumber baru (fresh) untuk diketengahkan.
1.7         YB DSP Michael Asang tidak akan dapat mengemukakan isu Daerah Penuh Telupid dalam Dewan Undangan Negeri kerana duduk sebagai Pembantu Menteri.  Kita bersandar kepada YB Masiung Banah untuk mengemukakan isu Daerah Penuh Telupid dan pelurunya daripada kita (data-data jabatan-jabatan kerajaan Telupid).

2.            UCAPAN PEMBENTANGAN ADR
2.1       Majlis Dialog ini diilhamkan oleh YB Datuk Ronald Kiandee atas desakan, kenyataan dan maklum balas yang memberansangkan dalam laman Facebook.
2.2       Majlis Dialog ini diadakan bagi memberi maklumat yang jelas kepada masyarakat tanpa prejudis dan dipolitikan.
2.3       Sesuai dengan komitmen YB Datuk Ronald Kiandee, senarai agihan jemputan ke Majlis Dialog adalah seperti berikut:-
                                      i.        Setiausaha Kerajaan Negeri
                                    ii.        Pengurus BSN
                                   iii.        Pengurus Agro Bank
                                   iv.        Pengurus Pos Malaysia
                                    v.        Jabatan Ketua Menteri
                                   vi.        Pengarah JKR
                                  vii.        Pengarah Jabatan Air Sabah
                                viii.        Pengarah Perhutanan
                                   ix.        Pengarah Pendaftaran Sabah
                                    x.        Pengurus SESB Sabah
                                   xi.        Pengarah Pertanian Sabah
                                  xii.        Pengarah Perpustakaan
                                xiii.        Pengarah Kesihatan
                                xiv.        Pengarah Tanah dan Ukur
                                  xv.        Pengarah Jabatan Hutan
Dan Pengarah-Pengarah daripada Jabatan yang berkenaan.
2.4       Berharap agar kehadiran penuh daripada semua Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Telupid bagi memberi maklumat yang tepat kepada semua Pengarah-Pengarah yang datang ke Majlis Dialog ini.
2.5       Berharap agar hanya kemahuan dan matlamat ke arah Daerah Penuh Telupid menjadi taruhan dalam Majlis Dialog ini tanpa prejudis, politik dan isu-isu individu daripada peserta-peserta yang hadir di Majlis Dialog tersebut.

3.0       TATACARA DAN LOGISTIK MAJLIS DIALOG

3.1       Ketetapan Majlis
Tarikh       :     29hb Julai, 2010.
Tempat     :     Dewan Institut Perhutanan Sabah, Telupid.
Masa        :     08.00 pagi - 04.00 petang

3.2       Aturcara Majlis
08.00 pagi           -     Ketibaan AJK, peserta, penduduk kampung, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Telupid, Pengarah-Pengarah Jabatan Kerajaan, YB DSP ADUN dan YB ADR.
                              -     Jamuan ringan untuk semua yang hadir.
09.00 pagi           -     Seisi Dialog bermula dengan 16 wakil dari setiap kampung seterusnya Wakil NGO dan rakyat.
12.00 tengahari  -     Merarau
01.00 petang       -     Seisi Jawapan dari bahagian Kerajaan.
03.00 petang       -     Ucapan penggulungan dari YB DSP ADUN dan YB ADR.
                              -     Minum petang.

Acara pagi dikhaskan pengajuan soalan atau isu, seramai 16 wakil dari setiap kampung dalam Daerah Telupid akan memulakan sesi dengan tempoh bercakap selama 5 (lima) minit seorang.  Persoalan dan isu hendaklah tidak bertindih.

3.3       Penyelarasan persoalan dan isu yang diutarakan akan diatur melalui Jawatankuasa Pembawa Usul diketuai oleh Encik Melton Martin.

4.0       LINTAS LANGSUNG KEPERLUAN TELUPID MENGIKUT JABATAN
4.1       Klinik Kesihatan Telupid didakwa satu-satunya klinik di Sabah dan di Malaysia yang mempunyai perkhidmatan 24 jam kerana mempunyai kes kemalangan dan atas faktor lokasi.  Bilangan Pesakit Luar menunggu lebih tinggi daripada Bilangan Pesakit Luar di Hospital Beluran dengan nisbah Hospital Beluran 1 (satu) satu orang dan Klinik Kesihatan Telupid 10 (sepuluh) orang.  Bilangan doktor yang bertugas di Klinik Kesihatan Telupid juga melebihi daripada kebiasaan klinik-klinik lain di Sabah.  Untuk rekod kita ada 3 orang doktor di Klinik Kesihatan Telupid dan 2 orang doktor di Klinik Swasta di Pekan Telupid.  Kementerian Kesihatan sudah meronta-ronta ingin membuat hospital di Telupid tapi kerana taraf daerah kita belum lagi daerah penuh.  Seolah-olah Kerajaan Negeri sengaja melambat-lambatkan daerah penuh untuk menidakkan hak kita mendapat kesihatan yang lebih baik.
4.2       Balai Polis Telupid merupakan penyumbang kepada kadar jenayah di Beluran.  Ini kerana lokasi Telupid yang dikelilingi oleh estet-estet serta kesesuaian Telupid menjadi lokasi hiburan dengan memiliki lebih daripada 5 (lima) pusat karaoke.  Menjadi kesusahan kepada semua penduduk Telupid bila berurusan berkaitan laporan polis yang hanya boleh ditandatangani oleh pegawai tertinggi di IPD Beluran.
4.3       Isu Pejabat Pelajaran Telupid yang menjadi pusat pentadbiran bagi sekolah-sekolah di Daerah Penuh Tongod.  Cadangan untuk memindahkan pejabat ke Tongod akan melahirkan banyak masalah kepada penduduk setempat; terutamanya berkaitan dengan urusan pelajaran.  Juga mengenai nama “Pejabat Pelajaran Tongod (Telupid)” adalah sangat tidak sesuai.


PENUTUP
Terdapat beberapa isu yang memerlukan sokongan kita bersama.  Semoga minit mesyuarat versi saya ini menjadi pembuka minda kepada apa yang kita mahu selama ini.  KITA MAHU TELUPID MENJADI DAERAH PENUH! NGAM!

Digarap oleh,
Melton Martin,
Penasihat FB Telupid.
23hb Julai, 2010.

17 KOMEN KAMURANG?:

  1. jadi? 29hb neh la kemuncaknya? ^^

    ReplyDelete
  2. yaa..kasi jd Daerah Penuh it is!

    ReplyDelete
  3. Saya sukung 100%! Suarakan apa yg patut, jgn tapuk2 lagi hehehe

    ReplyDelete
  4. Tidak perlu tunggu gelas penuh baru mau diminum airnya. Kriteria2 utk daerah penuh itu semuanya hanya atas kertas saja. Bergantung kepada budi bicara pemimpin kita atau ikut suka hati durang.Kalau rakyat suda minta dgn penuh desakan...kasi saja.apa lagi mau tunggu.

    ReplyDelete
  5. NGAAMMMMMMMMMM BETUUUUUUUUUULLLLLL!!!!!
    INI KALI LAA..JANGAN LAIN KALI...NGAM

    ReplyDelete
  6. ya betul..ni kali kasi jadi...jangan ada alasan lagi...dengan mata kasar pun kita buli tau keadaan Telupid mcm mana yg memerlukan status derah penuh...kepada pemimpin, apa lg mau...kertas putih sd ada...mata kasar suda nmpak..desakan rakyat pun ada...kasi saja la...atau mau tunggu 10tahun lagi ka?

    ReplyDelete
  7. HIDUP MELTON ! HIDUP MELTON ! HIDUP MELTON! KAU LAH HARAPAN URANG TELUPID...KALAU KO SUDAH JADI YB...JGN CAKAP SAJAAA ARRRR..MESTI CAKAP DAN BUAT....SAYA DOA KAN KESUKSESSAN MU INI! KASI JADI...KASI JADI ..KASI JADI DAERAH PENUH..KALAU PERLU KITA BERPIKET BAHHHH KAN MELTON! NGAM .....HIDUP TELUPID! ITU YANG KITA TINGUK DARI DULU HINGGA KINI! KAMI MAU HOSPITAL, BANK, PETRONAS DLLLLLLLLL....TUKAR KITA PUNYA YB KALAU TEDA PAKAI KARAJA.....DIA TAKUT BAH TU KASI JADI DAERAH PENUH...SEBAB KALAU TELUPID JADI DAERAH PENUH..MAKA JADI PADANG PASIR LAH BELURAN...DAERAH JALAN MATI ! TEDA SAPA YANG AKAN BERKUNJUNG DISANA KALAU TELUPID DAH JADI DAERAH! KITA MAU TEGAKKAN HAK KITA! PIKET!!!!!

    ReplyDelete
  8. Setuju !! Itu hak kita sebagai penduduk yang inginkan perubahan daripada kerajaan untuk membantu miningkatkan taraf hidup kepada para penduduk Telupid.

    ReplyDelete
  9. Waaahh... Ngam betul ini Dialog.
    Buka mata dan minda masyarakat setempat...
    go..go..go..

    ReplyDelete
  10. Tahniah Melton kerana berusaha untuk memperjuangkan perkara yang anda percaya untuk kebaikan warga Telupid. Orang seperti andalah yang benar-benar kita perlukan untuk membuka mata sesetengah pemimpin kita..Daerah Telupid tidak banyak yang berubah sejak saya tinggalkan tpt itu 10 tahun yang lalu..dimana silapnya?

    ReplyDelete
  11. bah atur lah, saya dua2 daerah pun ok jg hehehehehe, tapi jangan saja jadikan telupid mcm daerah beluran, kesilapan pemimpin-pemimpin dulu menyebabkan daerah tersebut menjadi 'mati', sumber lautnya pun dipajak orang terus langsung tiada kontrol, ikan utik pun sekarang mahal, udang galah, susah lah mau nampak yang grade A semua kena pajak oleh itu taukeh KAMI dari beaufort/lawas/brunei, pemimpin2 semua tutup mata saja. yang dijual di pasar ikan beluran ikan2 dari sandakan. yang entah dah berapa minggu dalam tong ais. mana ada lagi org luar mau datang beli hasil laut di beluran kalau harganya mahal betul, dan ikan2 tersebut pun bukan local product.. bodoh betul mereka!!!!!

    ReplyDelete
  12. walaupun sa bukan orang telupid tapi sa betul sokong pembentukan daerah penuh telupid..pasal revenue.. telupid mempunyai revenue yg mencukupi, cuma land revenue department saja yg malas buat kerja..

    ReplyDelete
  13. sya sokong telupid jadi daerah penuh walaupun saya bukan penduduk sna...tk kn maw p sandakan kirim duit sama anak2 yg bersekolah...fikir2kn la..sokong..nie bagi pihak jamain b...hahhhahah

    ReplyDelete
  14. Mujis Dagok kau kenal lagi sayakah..Din
    tapi sekarang saya sudah kena kasi behenti kerja..Ada apa-apa kau boleh tolong email sayakah..dieeien@hotmail.com atau dyien_7644@yahoo.com

    ReplyDelete
  15. Masih ingatkah lagi hari pertama kita datang Maktab kita berdua pg minum beer di Bandaran Berjaya sampai saya sesat pulang dan kau stay sana..Tolong sebab kau sudah di Pej.Pel.Tongod Telupid.Lainlah saya ni gagal temuduga sebab kurang arif pasal isu semasa...ha ha ha

    DIN
    Keningau..

    ReplyDelete
  16. ada sesiapa tau no tel pejabat hal ehwal agama islam di Telupid...???

    ReplyDelete
  17. saya sokong tentang isu hasil laut di beluran.org2 di beluran tak kisah ke makan ikan buruk ,lagi tak segar. memang ......

    ReplyDelete