03hb Jun, malam itu memang mengejutkan... tiba-tiba saja ni hujan turun. Sedang siuk2 sia masak... babunyi mesej di hanpon sia... ada banyak jugalah mesej yang masuk... kalau setakat mesej daripada FB memang belambak sia terima hari2... orang bilang tidak rugi ko ada telefon... ada saja mesej masuk.
Cuma sia dikejutkan dengan fengshui malam itu... ada dua kematian yang saya terima... seorang di Kampung Gambaron bernama Dennis Ampadu. Seorang pegawai kerajaan yang berkhidmat di Tongod. Dikatakan telah tertembak dada tepat pada jantung pada ketika keluar berburu dengan seorang teman dan anaknya. Selepas beberapa lama, mendiang sendiri menyuruh teman dan anaknya untuk balik dan biarlah mendiang yang berjaga. Setelah hampir sehari dan bila ditelefon tidak dijawab... anaknya pergi mencari di tempat perburuan... apa yang ada hanyalah sekujur tubuh yang berlubang di bahagian dada.
Manakala di Kampung Tapaang, seorang tua bernama Ambakau mati tua dengan dengan keadaan sakit gastrik. Mendiang dikatakan telah datang ke Klinik Kesihatan Telupid dan terus di hantar ke Hospital Sandakan untuk perhatian seterusnya... tau2 meninggal di Hospital Sandakan.
Pada pagi ini 04hb Jun, saya dikejutkan dengan kematian seorang teman blogger saya Mendiang Dunstan Lamansing... di http://beliaindahfc09.blogspot.com/ dan bila melihat laman FB Mendiang pun saya terharu kerana ramai yang telah memberi kata-kata takziah. Mendiang bagi saya adalah seorang Penginjil, Blogger, FBians dan juga rakan baik.
Namun di hari ini juga... lebih kurang jam 4.00 petang saya akan mengikuti raptai perkahwinan sebagai Pengapit dengan rakan baik saya John Naim. Saya sangat gembira bagi rakan saya ini. Semoga terus berbahagia.
Mengimbas kenangan lalu... hanyalah kenangan Kaamatan UPKO di Keningau pada 28 - 29 hb dan terus ke KDCA pada 30 - 31hb Mei... empat hari kaamatan... empat hari dipenuhi dengan kemeriahan Kaamatan. Saya dapat melihat betapa saya salah menilai Kaamatan yang dianjurkan oleh KDCA. Apapun itu tidak juga membuatkan saya menyokong apa yang dilakukan oleh KDCA sekarang ini. Kerana banyak perkara yang boleh diperbaiki.
Cuma pada ketika ini saya tidak boleh katakan bahawa saya menafikan sumbangan KDCA kepada KDM. Asasnya KDCA telah banyak membantu... tapi KDCA juga telah banyak menyeleweng. Saya sudah masuk KDCA di Beluran, dan melihat keperluan untuk membina rumah tradisi Beluran atau suku Labuk di dalam kawasan KDCA. When the time is right then it will be happen.
Selamat tinggal bulan lima... kini bulan enam... apapun masa akan terus berlalu... saya masih bertanya mampu lagi kah saya terus sibuk dengan aktiviti yang bertambah... saya jawab berjuang sehingga ke akhirnya... ha6.

Life seems isn't pleasing when all the bad news keep updating our daily life but look at your experiences, good things still there to cover the sadness. Life is too short to be wasted so do our best for others while we can and while we still alive and healthy to do that. Cheers...:)
ReplyDelete