HIDUP UPKO!

Wednesday, May 26, 2010

PATUTLAH LEMBAB INTERNET KITA!!!


Want faster broadband? Try Mozambique

Bagai katak di dalam gelas kaca... itulah yang sia rasa, bila baca ni artikel... mengenai perbandingan kelajuan internet dunia... dan Malaysia terletak di tempat ke 102.

Jika yang dicanangkan selama ini untuk mewujudkan masyarakat IT Malaysia yang berpengetahuan luas tanpa sempadan kini boleh mengucapkan kirim salam kepada PM kita... kerana ucapan PM itu indah rupa dari bahasa.

Di antara negara Asia, Malaysia berada di belakang Korea, Jepun, Singapura, Taiwan, Thailand, China dan Philipines.  Malaysia cuma menang dengan India (nombor 121), Indonesia (nombor 132) dan Kemboja (nombor 134).

Kelajuan Malaysia hanyalah purata 1.88 MBPS (megabyte per saat) .. sedangkan TM menawarkan kelajuan sehingga 4.0 MBPS... Malah pengguna yang mengeluh kerana membayar bulanan untuk 1 MBPS tapi yang datang hanyalah 300 BPS.

Mungkin benarlah seperti yang dikata bahawa TM benar-benar memonopoli... Kerajaan perlu BUAT SESUATU!!!

0 KOMEN KAMURANG?:

Post a Comment