Bagaimana sebuah syarikat penghantaran cepat kelahiran Malaysia tidak kenal dengan DSP Rosmah Mansor isteri kepada Perdana Menteri Malaysia kita?
Setiap syarikat penghantaran cepat sebagai contoh ABX Express mempunyai SOP (Standard Operation Procedure) dalam mengamalkan penghantaran mereka. Sebaik-baiknya, sesuatu dokumen atau bungkusan itu hendaklah dihantar dalam tiga hari masa bekerja. Kecuali jika terdapat kejadian-kejadian yang tidak dapat dielakkan.
Menurut kawan-kawan yang berada di Semenanjung... ada di antara syarikat kurier ini mengunakan pekerja-pekerja Bangladesh dalam menghantar surat kerana kos yang murah dan sebagainya. Mungkinkah ini akibatnya menguna-pakai pekerja PATI yang langsung tidak tahu latar belakang negara kita.
Menurut artikel, selepas tidak dapat dihantar selama 20 hari... surat tersebut dikembalikan kepada pengirimnya. Memang sesuatu yang tidak dapat dipercaya bagai sesebuah syarikat penghantaran cepat seperti Securexpress tidak dapat menjumpai alamat isteri Perdana Menteri.
Secara berseloroh...
SECUREXPRESS memang "secure" sehingga tidak sampai-sampai suratnya.
SUREREACH memang pasti sampai tapi tidak tau sampai bila.
DHL - barang kita Di Hilang Lagi.
NATIONWIDE - Luas sampai tidak tau di mana mau hantar.
KANGAROO - barang tajatuh-jatuh hilang sebab suka melompat.
POSTLAJU - Laju sampai ke destinasi salah.
SKYNET - Dokumen masih lagi di atas langit. Tunggu jatuh.
CITY LINK - Tidak sampai ke luar bandar, hanya beroperasi di Bandar sahaja.
FEDEX - Pekerja-pekerja diurang ni memang suka Fed-up... bekas orang-orang yang Fed-up.
UPS - Urang Pos Salah
GDex - bekas pekerja yang Gagal Dicari ex-members
ABX - Ada Barang X, kah?
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
SecureExpress Tidak Kenal DSP Rosmah Mansor?
Oleh: MUTALIB M.D (sabahkini)
AMAT malang bagi Wanita ‘1Malaysia’ yang dijulang sebagai ‘Wanita Nombor Satu Negara’ kerana tidak dikenali oleh sebuah syarikat penghantaran cepat, Securexpress yang beribu pejabat di Selangor, Darul Ehsan.
Sehubungan itu, Naib Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA),, Datuk Patrick Sindu mendesak kerajaan mengkaji semula kelayakan dan mengetatkan syarat pemberian lesen kepada sesebuah syarikat penghantaran cepat (kurier) agar tidak memalukan Malaysia di mata dunia.
Patrick membuat desakan sedemikian setelah menerima aduan daripada seorang pengguna di Lahad Datu bahawa Securexpress telah mengembalikan surat yang diamanahkan untuk dihantar kepada Datuk Seri Panglima Rosmah Mansor pada 24 Februari 2010 melalui ‘consignment’ bernombor 600212405483.
“Menurut aduan, surat tersebut telah diserahkan kepada Securexpress Lahad Datu pada 4 Februari 2010 dan gagal diserahkan selepas 20 hari. Memang amat mengejutkan kerana mereka tidak mengenali siapa Datuk Seri Rosmah Mansor sekalipun alamat yang disertakan amat lengkap,” ujar Patrick yang kesal kerana syarikat berkenaan tidak kompetan untuk menjulang imej 1Malaysia.
Bukan surat itu sahaja yang gagal disampaikan, kata Patrick malah surat kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan bernombor 600212405472 juga dikembalikan ke Lahad Datu kerana tidak berjaya dihantar kakitangan Securexpress yang bertugas di ibu pejabat selepas 20 hari dikirim.
“Dulu kita terima aduan pos laju yang lambat sehingga kerajaan benarkan penubuhan syarikat kurier. Tapi Securexpress keterlaluan kerana gagal menemui Kediaman Perdana Menteri yang tersergam indah dan Pejabat KSN di Putrajaya,” kata Patrick yang menyifatkan kes ini amat menakjubkan.
Sehubungan itu, Patrick mendesak agar Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia menjalankan siasatan rapi dan membatalkan lesen yang diluluskan lesen kepada Securexpress di bawah Akta Perkhidmatan Pos 1991 sebagai pengajaran kepada syarikat kurier yang cuba ‘menghina’ isteri Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara.
Sementara itu, Securexpress di Lahad Datu ketika dihubungi mengesahkan surat berkenaan ada di Lahad Datu kerana gagal disampaikan oleh kakitangan mereka di Kuala Lumpur setelah 20 hari mencari lokasi alamat berkenaan di Putrajaya!

tak tau nak cakap apa lg. sangat sangat sangat sangat tak masuk akal. kecewa sebab masih ada rakyat Malaysia yg tak prihatin dgn negara sendiri. tiada jatidiri sebagai anak Malaysia langsung.
ReplyDelete