Sudah nyata... warga Indonesia memang mempunyai sentimen yang buruk terhadap Malaysia. Kenapa? Sebab diurang ni kelas kedua selepas Malaysia. Insiden di mana seseorang itu tidak menghormati negara orang lain adalah sesuatu yang sangat serius. Mereka seperti menafikan hak sesuatu negara itu. Malah perkara yang sudah diselesaikan oleh kedua-dua kepimpinan negara sebenarnya tidak sampai kepada kesedaran rakyat itu sendiri.
Sia fikir kenapa warga Indonesia berkelakuan begini adalah kerana ramai di antara mereka ini bukan golongan terpelajar. Mereka ini golongan kaum perempat yang emosional dengan ideologi mudah. Selain itu kerana merasa mereka lebih ramai... maka mereka merasa mereka betul... tapi sebenarnya bodoh sombong.
Sia fikir lagi bahawa Indonesia tidak akan pernah belajar. Malah tidak pernah bersyukur. Malah mungkin akan ada lagi perkara seperti ini berlaku. Maka dalam hal ini, pihak kepimpinan Indonesia hendaklah mulai memperbaiki moral rakyat mereka.
Denda AS5,000 ini masih lagi kecil berbanding dengan apa yang warga bodoh sombong ini lakukan. Pihak PSSI (Pasukan Sepak Bola Seluruh Indonesia) perlu menghebahkan perkara ini kepada Indonesia bahawa kejadian tidak bermoral ini hendaklah dihentikan. Demi maruah bangsa negara Indonesia.
Apapun denda ini telah menghantar satu isyarat kepada mata antarabangsa bahawa warga yang paling bodoh sombong serta tidak menghormati negara orang lain ialah warga Indonesia. Barutau! selepas ini negara-negara lain akan berhati-hati dengan Indonesia. Semua gara-gara kebodohan warganya yang bodoh sombong.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Persatuan Bola Sepak Indonesia Didenda AS$5,000 Kerana Penyokong Tak Hormati Lagu NegarakuOleh Ahmad Fuad Yahya
JAKARTA, 26 Feb (Bernama) -- Aksi para penyokong Indonesia yang tidak menghormati lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku ketika pasukan kebangsaan Malaysia menentang Vietnam dalam pertandingan pusingan kelayakan Piala AFC Futsal di sini Isnin lepas, mengakibatkan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) didenda AS$5,000 (RM 17,006).
Tindakan itu diambil oleh Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) setelah Pengurus Pasukan Malaysia Datuk Hamidin Mohd Amin membuat bantahan rasmi mengenai kejadian itu kerana kelakuan itu telah mencemarkan maruah sebuah negara.
Walaupun Indonesia menempah tempat ke pusingan akhir Kejuaraan Futsal Asia 2010 di Uzbekistan Mei ini, aksi penyokongnya itu sedikit sebanyak mencemarkan kejayaan pasukan republik itu.
Pasukan tuan rumah layak ke pusingan akhir di Uzbekistan setelah menewaskan Malaysia 3-5 di peringkat separuh akhir pada Rabu lepas.
Dalam kejadian pada hari Isnin di Stadium Tenis Tertutup Senayan itu, sejurus pasukan negara memasuki stadium dan lagu Negaraku dimainkan, para penonton telah menyanyikan lagu kebangsaan mereka, Indonesia Raya.
Nyanyian oleh para penonton yang ramai itu menyebabkan lagu Negaraku menjadi tidak kedengaran.
Para penonton juga tidak bangun menghormati ketika lagu kebangsaan negara lain dimainkan.
Semasa permainan berlangsung pula, ada penonton meneriak perkataan maling (pencuri) dan banci (pondan) kepada pemain pasukan Malaysia.
Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Andi Malarangeng telah memohon maaf berhubung kejadian itu.
Penganjur juga kemudiannya mengingatkan para penonton supaya tidak membuat bising dan bangun menghormati lagu kebangsaan negara lain ketika ia dikumandangkan, bagi memastikan kejadian sama tidak berulang pada perlawanan seterusnya yang membabitkan Malaysia.
Pasukan negara pulang ke tanah air dengan rasa hampa setelah tewas kepada pasukan Vietnam 3-6 pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat semalam, dan dengan kegagalan itu juga bermakna Malaysia gagal menempah tempat ke Uzbekistan.
-- BERNAMA

0 KOMEN KAMURANG?:
Post a Comment